Uol mesti tertunggu2 apa resepi pertama yang saya nak uploadkan....ye atau tidak?...inilah resepi paling mudah, senang, simple...bak kata orang lelap matapun boleh buat....chocolate cupcake ni jugaklah saya buat untuk dimasukkan dalam goodie bag sewaktu majlis perkahwinan adik bongsu tahun lepas....1000 cups...lepas kenduri saya pun macam nak pengsan....ok
Chocolate cupcake..
bahan A :
250g butter
350g gula perang
1 tsp vanilla
1/2 tsp nescafe
***************gaul sebati. Tak perlu kembang. Guna senduk kayu pun cukup.
bahan B :
4 biji telur
bahan C :
300g tepung superfine..(kalau malas nak cari ..cap kunci / cap sauh pun bolehhh..)
70g serbuk koko
1 tsp baking powder D/A (double action)..cari kat bakery mesti ada punyaaa..
3/4 tsp soda bikarbonat
secubit garam
***************ayak sekali semua bahan C
bahan D :
320g air..(kalau nak lebih sedap, guna fresh milk le...)
Cara-caranya :
1. Panaskan oven 175C.
2. Pukul A sebati sahaja.
3. Masuk telur satu persatu.
4. Masuk bahan C berselang seli dengan bahan D. Gaul sebati.
5. Masukkan adunan 3/4 dalam cup. Jangan penuh, nanti melimpah...
6. Taburlah chocolate chip atasnya.
7. Bakar selama 20 minit.
tadaa....inilah hasilnya..... kalau guna cup saiz 2 1/2oz ni, dapatlah dalam anggaran 30 cup... memang rasa kaya dengan coklat, budak2 pun suka.....
cubalah.....
okayyy...se u nxt n3

0 comments on "My chocolate cupcake.."
Post a Comment